Friday, August 04, 2006

TOK KADI OH TOK KADI. ALAHAI MALUNYA!!



Semalam sementara menunggu meeting Poetry Club untuk program Art Of Thousand Expressions yang bakal diadakan pada 28hb ini (program ini diadakan untuk menunjukkan rasaprotes anda terhadap serangan Israeel di Lubnan dan Palestin. Saya akan ceritakan tentang program ini lebih lanjut lagi nanti) saya ke ruang akhbar di library. Selepas membelek-belek Utusan, saya menyelak-nyelak pula Metro. Tertarik dengan tajuk berita perihal CT dan Datuk K, saya terus menekuni berita itu.

Bahang kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini. Kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis Wedding Of The Year itu.Ini disebabkan majlis berkenaan bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Rasa geram dan marah yang meluap-luap sangat! Besar sangat ke CT dan Datuk K tu sampai Tok Kadi yang sepatutnya lebih tinggi dan besar tarafnya, yang sepatutnya dihormati oleh masyarakat takut dan gemuruh untuk menikahkan pasangan tersebut!? Kenapa perlu merendah-rendahkan kewibawaan dan martabat seorang Kadi@Imam dengan mengatakan mereka kecut perut hanya kerana untuk menikahkan seorang penyanyi wanita dengan seorang usahawan?

Pelik kan? Tak pernah pula saya dengar tok-tok imam ni kecut perut@gemuruh pikul tanggujawab dan amanah daripada Allah mengimamkan anak-anak makmum atau mereka gemuruh dan takut kerana mereka membiarkan saja segala perkara mungkar berleluasa kat Malaysia ni.

Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi tumpuan ramai serta media massa.Buat masa ini, hanya pengarah (Che Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.



Sebagai seorang Muslimah, saya MALU dan SEDIH dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAWI. Pernyataan ini secara tidak langsung telah meletakkan taraf seorang Imam di tahap yang sangat rendah. Saya pasti ada anak-anak seni seperti CT yang berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada CT. Secara tidak langsung tempiasnya pasti terkena pada mereka. Tengoklah, tok kadi pun takut dengan kita! Artis ni kira power jugaklah yer!


Sedih. Pernyataan di Metro semalam secara tidak langsung telah menampakkan orang-orang agama lemah dan gagal untuk mendepani ujian-ujian yang lebih mencabar kat luar sana. Lebih gerunkan wartawan di majlis pernikahan CT dan Datuk K daripada gerun dan takut dengan segala macam perkara di luar sana yang telah mencabar Islam - Religious Pluralism, Islam Liberal, Feminism, Secularism, Hedonisme dan lain-lain ism lagi.

Betullah macam kata Lutfi Ishak,one of my favourite writer, (muhammadlutfi.blogspot.com) Siti, Datuk K- Satu tragedi pemikiran masyarakat Melayu.



Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya dan ancaman.

Ya Allah! Selamatkanlah saudara-saudara kami di Lubnan, Palestin dan di seluruh dunia.

Ya Allah! Janganlah Kau simpangkan kami daripada jalan kebenaran.

Ya Allah! Kau pimpinlah kami ke arah Jalan-Mu.

Ameen.
TOK KADI OH TOK KADI. ALAHAI MALUNYA!!



Semalam sementara menunggu Meeting Poetry Club untuk program Art Of Thousand Expression yang bakal diadakan pada 28hb ini (program ini diadakan untuk menunjukkan rasaprotes anda terhadap serangan Israeel di Lubnan dan Palestin. Saya akan ceritakan tentang program ini lebih lanjut lagi nanti) saya ke ruang akhbar di library. Selepas membelek-belek Utusan, saya menyelak-nyelak pula Metro. Tertarik dengan tajuk berita perihal CT dan Datuk K, saya terus menekuni berita itu.

Bahang kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini. Kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis ‘Wedding Of The Year’ itu.Ini disebabkan majlis berkenaan bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Rasa geram dan marah yang meluap-luap sangat! Besar sangat ke CT dan Datuk K tu sampai Tok Kadi yang sepatutnya lebih tinggi dan besar tarafnya, yang sepatutnya dihormati oleh masyarakat takut dan gemuruh untuk menikahkan pasangan tersebut!? Kenapa perlu merendah-rendahkan kewibawaan dan martabat seorang Kadi@Imam dengan mengatakan mereka kecut perut hanya kerana untuk menikahkan seorang penyanyi wanita dengan seorang usahawan?

Pelik kan? Tak pernah pula saya dengar tok-tok imam ni kecut perut@gemuruh mengimamkan anak-anak makmum atau mereka gemuruh dan takut kerana mereka membiarkan saja segala perkara mungkar berleluasa kat Malaysia ni.

Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi tumpuan ramai serta media massa.“Buat masa ini, hanya pengarah (Che Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.



Sebagai seorang Muslimah, saya MALU dan SEDIH dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAWI. Pernyataan ini secara tidak langsung telah meletakkan taraf seorang Imam di tahap yang sangat rendah. Saya pasti ada anak-anak seni seperti CT yang berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada CT. Secara tidak langsung tempiasnya pasti terkena pada mereka. Tengoklah, tok kadi pun takut dengan kita! Artis ni kira power jugaklah yer!

Sedih. Pernyataan di Metro semalam secara tidak langsung telah menampakkan orang-orang agama lemah dan gagal untuk mendepani ujian-ujian yang lebih mencabar kat luar sana. Lebih gerunkan wartawan di majlis pernikahan CT dan Datuk K daripada gerun dan takut dengan segala macam perkara di luar sana yang telah mencabar Islam - Religious Pluralism, Islam Liberal, Feminism, Secularism, Hedonisme dan lain-lain ism lagi.

Betullah macam kata Lutfi Ishak,one of my favourite writer, (muhammadlutfi.blogspot.com) Siti, Datuk K- Satu tragedy pemikiran masyarakat Melayu.



Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya dan ancaman.

Ya Allah! Janganlah kau simpangkan kami daripada jalan kebenaran.

Ya Allah! Kau pimpinlah kami ke arah Jalan-Mu.

Ameen.

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <