Sunday, May 21, 2006

KIAMAT SUDAH DEKAT!


1.
Pemandangan di kampusnya sudah semakin BUROK (meminjam kamus Rahman Shaari). Sakit mata betul dia melihat gadis-gadis yang memakai jeans dan blaus sendat itu berjalan lentok liuk sekitar kampus. Ada sesetengahnya memakai tudung tutup ala kadar. Lebih sakit hati bila pakaian begitu dipakai ke kuliah belajar Sciences of Hadith, Sciences of Quran.

Malu!

Marah!

Rusuh.



2.
Laman 36 dan 37 akhbar Suara Kontemporari KOSMO! bertarikh 18 Mei 2006 diselaknya. Gambar-gambar wajah pelbagai gaya dan senyuman terpampang. Paling menarik ialah gambar gadis manis bertudung ala Bienda dengan tertera di gambarnya- Salima, 18 tahun (Perak). Salima, suatu lagi bakal produk AF ala-ala Mawi. Tulis KOSMO! Salima mempunyai potensi untuk meneruskan personality kemelayuan yang kuat apabila muncul dengan imej bertudung. Diulang. Personaliti kemelayuan. Ish. Tak sabar betul nak tengok Salima nyanyi, gelek dan gedik atas pentas.



3.

LALE DEVRI (Tulip Period) (1718-1730) pada pemerintahan Sultan Ahmed III, merupakan permulaan ke arah membaratkan Turki. Dinamakan Lale Devri (Tulip) kerana Tulip melambangkan kemewahan dan keghairahan. Tulip ketika itu dieksport oleh Turki ke Austria dan Turki mengimport tulip dari Holland. Tulip ketika itu menjadi lambang kemewahan pada binaan-binaan seperti Lale Djami' Mosque, Ottoman baroque dan dalam puisi-puisi Nedim.

Lale Devri dikatakan adalah zaman kemewahan dan bersenang-lenang kerajaan Turki Uthmaniah ketika itu. Sultan tidak berminat dengan pemerintahan dan melepaskan segala urusan kerajaan kepada menteri-menterinya terutama Ibrahim Pasha, menantunya. Ketika zaman ini juga, Kerajaan Turki Uthmaniah bukan sahaja mengimport teknologi dan senibina dari Barat, tetapi turun mengimport dan membawa masuk kehidupan sosial masyarakat barat untuk diperkenalkan kepada rakyat Turki. Perlahan-lahan, masyarakat Islam mula mengubah corak dan gaya hidup mereka ke arah kebaratan.

Ketika tempoh masa ini juga rakyat dimomok-momokkan dengan HIBURAN. Festival di sana sini dan tulip terus menjadi simbol kemewahan dan keghairahan. Rakyat bebas pergi melancong, berHIBUR dan berekreasi di Sa'adabad. Ketika malamnya, Istana Lilin akan diterangi dengan lilin yang dipasang di bawah bunga-bunga tulip. Apabila musim sejuk tiba, festival dan acara hiburan terus berlangsung. Festival Helva dimeriahkan oleh para penyajak, pemuzik, penyanyi dan biasanya akan berlangsung selama seminggu atau berlarutan hingga 10 hari.

Festival dan acara HIBURAN menjadi semakin mewah. Istana sultan dipenuhi dengan bunga-bunga tulip, kesenangan menjadi matlamat utama, sultan dan rakyat semakin cintakan kemewahan, wanita Turki menjadi semakin liberal dan bebas. Rakyat Turki mula berpakaian mengikut kelas sosial.

Acara berHIBUR dan libur semakin menjadi-jadi!

Wang kerajaan sudah habis dibelanjakan untuk HIBURAN! Cukai yang tinggi terpaksa dikenakan ke atas rakyat.

Ulama-ulama mula memberontak!

Anggota tentera dalam pasukan Jannisaries merasakan mereka dianiaya setelah transformasi dalam pasukan ketenteraan dilakukan.

Nadir Shah di Iran mula mengepung Hamadan! Dan akhirnya mengambil Tabriz!

Rakyat mula memberontak!

Pegawai-pegawai kerajaan sedang bercuti. Sultan dan Perdana Menteri bercuti di Uskudar. Tidak sedar kerajaannya sedang rusuh dan resah!

Patrona Khalil mengetuai pemberontakan. Berkumpul di Hippodrome Square langsung ke Uskudar. Seramai 2000 orang menyertai perarakan dan ketika itu diketuai oleh Ahmed Efendi dan Zulali Hassan Efendi. Sultan Ahmed III cuba berunding dan bekerjasama lalu membunuh Ibrahim Pasha untuk diserahkan kepada pemberontak.

Sudahnya, Ahmed III digulingkan. Dan bersama-samanya kehancuran Lale Devri, Zaman HIBUR dan Libur yang dibangga-banggakannya itu.

Apakah kita sekarang berada dalam Lale Devri, zaman hibur-berhibur?






Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <