Saturday, August 23, 2008

FASA BARU SEMANGAT BARU


Fasa terbaru dalam hidup, walau ia sesuatu yang tidak mudah untuk ditempuh, namun ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Perjalanan hidup hingga ke takah ini sudah lama ada dalam impian sedari kecil dan ia pada detik ini sudah pun berjaya direalisasikan, meski belum sepenuhnya, namun langkah itu sudah bermula. Syukur pada Tuhan yang tidak jemu-jemu memberi, kerana sifatnya memang Maha Pemurah, saya sudah berjaya menambah bilangan wanita yang bergelar pelajar sarjana. Saya berkata begini kerana keempat-empat subjek yang saya tekuni semester ini, kesemuanya pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan. Malahan ketika “International Conference on Izutsu” di UIA baru-baru ini, salah-seorang pembentang kertas kerja menyindir penglibatan golongan wanita yang terlalu sedikit ke konferen tersebut. Kalau di peringkat ijazah dahulu, kaum Hawa boleh berbangga dengan bilangan pelajar wanita yang lebih ramai daripada pelajar lelaki, tetapi apabila berada di tahap sekarang, keadaannya sama sekali berubah. Aduh! Di mana teman-teman perempuanku semua? (Feminiskah saya, ya:)

Masih di tempat pengajian yang sama, Taman Ilmu dan Budi yang pernah melakar kenangan mencari ilmu bersama teman-teman, kini sekali lagi menjadi saksi penat-lelah menggali ilmu. Ya. Kali ini biah nya tentu sekali berbeza. Metod mengajar dan belajar yang berbeza. Perlu tekun dan lebih kosentrasi. Perlu lebih gigih dan tidak malas-malas. Perlu lebih selalu mengetuk pintu bilik pensyarah. Ringkasnya, saya harus buang semua sifat jelek ketika bergelar pelajar ijazah dahulu. Sifat bermalas-malasan itu harus dibuang jauh-jauh. Harus!

Meski kemahiran berbahasa Inggeris saya masih sangkut-sangkut, apatah lagi Bahasa Arab, namun Insya Allah, saya akan cuba lakukan yang terbaik. Mudah-mudahan Allah akan terus memberi pertolongan dan memudahkan jalan buat saya. Dan mudah-mudahan kalian jua sudi mendoakan!

* IIUM 24th Convocation Day: 23 August - 25 August 2008. CONVEST (Convocation Fiesta: 21 August – 27 August 2008.

My convocation will be on 25th August. Looking forward for the ceremony and hope to see you guys there with flowers! Hehe :)

No comments:

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <