PERANG!!
Saya akan pergi berperang pada :
7 Jun : Arabic For Islamic Studies 1 (Ilmu Ma’ani&Ilmu Bayan)
13 Jun : Arabic For Islamic Studies 2 (Nahu&Sorof)
Mohon doa kalian :)
Sunday, June 04, 2006
SEKUNTUM KEMBOJA YANG GUGUR
(4 Jun 2001)
Seringkali, ketika melalui pohonan kemboja di sekitar Education Department, kuntuman-kuntuman kemboja yang putih mulus itu selalu menghantar ingatan saya kepada seorang teman. Wajahnya yang bersih itu membawa ketenangan kepada sesiapa pun yang memandangnya. Kata-kata nasihatnya, jenakanya dan apa sahaja kalam yang terluah dari bibirnya, pasti akan membuatkan kita berfikir dan tersenyum. Peribadinya, menawan sesiapa sahaja yang mendekatinya.
Kisah perkenalan kami aneh. Kami memulakan persahabatan di sebuah tempat yang tak pernah saya terfikir untuk menjadi penghuninya selama setahun dan hingga kini masih berulang-alik melakukan rawatan susulan. 9U, Wad Ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya, ia ruang yang tidak pernah putus-putus dengan pengunjung. Setiap daripada mereka mengendong pelbagai kisah, namun punya harapan yang sama, doa yang satu. Moga ada keajaiban di ruang itu yang bisa membawa cahaya harapan dalam hidup mereka meski cahaya itu sejalur sinar cuma.
Kami menjadi pengunjung tetap ruang itu. Teman saya itu sudah menjadi penghuni tempat itu lebih awal daripada saya, malah dia sudah menempuh pelbagai ujian, pelbagai pengalaman. Namun yang pasti, kami punya cerita yang sama, dan ruang itu telah menyatukan cerita dan harapan kami. Dan ruang itu jugalah yang memulakan sebuah persahabatan.
Ruang itu telah mengajar kami menjadi manusia berani. Ia mengajar kami untuk sanggup berdepan dengan apa jua jawapan pada persoalan kami meski jawapan itu adalah jawapan yang paling tidak ingin kami dengari. Kami sudah belajar menjadi kental seperti seorang dewasa meski setiap daripada kami ketika itu baru sahaja mengenal takrif dewasa. Dan di ruang itu jugalah, cinta kami kepada Tuhan menjadi besar!
Sekeping nota kecil yang diberinya lima tahun yang lalu sebelum saya disorong ke dewan pembedahan, masih saya simpan hingga kini. Seringkali, andai adakalanya diselubungi sedih dan rasa rendah diri, saya akan membuka dan membacanya. Dia menulisnya dengan tangan kiri kerana tangan kanannya masih menunggu tulang besi yang sesuai ketika itu. Dia juga menulisnya dengan hati dan doa. Dan mungkin kerana itu, 2 baris daripada kata-katanya itu masih berbekas di hati saya hingga kini.
Sesungguhnya hanya sedikit sahaja nikmat yang Allah ambil. Kita harus bersyukur dan jangan berputus asa, jika berputus asa umpama kita menganiaya diri kita.
Sungguh! Saya bersyukur kerana Allah menemukan kami di ruang itu. Meski dia sudah dijemput Tuhan lebih dulu, namun persahabatan kami tak pernah mati, kerana dia selalu punya tempat yang istimewa dalam doa saya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Fadhil bin Razali. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
* * *
Pengalaman 5 tahun lampau mengajar saya banyak perkara, malah mengenalkan saya kepada suatu dunia yang sungguh berbeza. Kita yang pernah dikurniakan nikmat sihat sepenuhnya oleh Allah, jarang berfikir daripada sisi insan-insan yang kurang berupaya. Malah apa yang menyedihkan segala kemudahan awam dan infrastruktur masih tidak bersifat mesra OKU. Cuba anda perhatikan, di sesetengah stesen komuter, LRT, Monorel contohnya tidak disediakan perkhidmatan lif atau tangga bergerak.
Fikirkanlah bagaimana susah dan sukarnya orang yang menggunakan kerusi roda, bertongkat, buta, wanita mengandung, orang-orang tua hendak menggunakan perkhidmatan tersebut. Malah ada sesetangah masjid juga mengabaikan kemudahan untuk mereka. Belum lagi disebut tandas awam, perkhidmatan bas awam, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam.
Saya pernah merasai bagaimana sukarnya berkerusi roda, bagaimana susahnya bertongkat selama setahun, kerana itu saya sangat marah dan sakit hati dengan perkhidmatan dan pengangkutan awam yang masih tidak menyediakan perkhidmatan yang bersifat mesra OKU.
Kemewahan dan kesenangan yang kita kecapi ini haruslah dinikmati oleh semua orang, semua golongan dan setiap peringkat. Pihak berkuasa dan berwajib haruslah memastikan setiap daripada golongan masyarakat mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan. Nama pun KEMUDAHAN AWAM, maka seharusnya ia memudahkan semua orang, bukan menyusah dan membebankan. Jangan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang ego, sombong dan hanya mementingkan diri sendiri. Wa Nauzubillah.
Selalu benar kau manjakan matamu pandang keindahan, sekali sekali pujuklah matamu pandang kedhoifan, nanti kau akan menjadi pengingat. (Antologi Cerpen Penawar, Aminah Mokhtar)

Subscribe to:
Posts (Atom)
ASMAUL HUSNA
AL WAQTU KAS SAIF
...MENGHITUNG HARI...
About Me
- Ghafirah Idris
- Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris