Monday, December 26, 2005

MENGENANG NYANG (1919-24 Disember 2005)

Dia sudah kembali ke sisi Kekasihnya, kembali bertemu Pencipta Teragung. Semalam, lebih kurang jam 1 pagi, saya menerima mesej daripada mak-Nyang sudah kembali ke Rahmatullah pukul 11 malam tadi. Saya yang baru hendak melelapkan mata, terus menelefon mak. Suara mak kedengaran tersekat-sekat. Ada seakan sebak di hujung getar suaranya. Maklum, walaupun dia hanyalah seorang cucu buat Nyang, tapi Nyanglah yang memeliharanya sedari kecil hinggalah mak menjadi suri hidup abah seawal usia 22 tahun. Malah, dia memanggilnya MAK. Tentu, ia menjadi semakin sukar untuk mak melepaskan Nyang pergi.

Nyang meninggal kerana sakit tua. Atau lebih tepat-paru-parunya sudah gagal berfungsi. Pernah, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu, kata doktor, mereka sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana andai dibedah, peluang untuk hidup amatlah tipis bagi insan berumur 86 tahun. Tuhan Maha Kuasa, Nyang kembali ceria selepas itu serta mampu keluar mencabut rumput dan menanam pokok bunga yang memang menjadi hobinya sejak dulu lagi.

Dan semalam, tanpa sebarang petanda, Tuhan menjemputnya pulang.

Saya dan angah di UIA serta adik saya, Shafiqah di Darul Quran, tidak sempat pulang menatap wajah Nyang buat kali terakhir. Kata tokwan, jenazah ibunya itu bakal disimpan pada pukul 11 pagi hari ini.

Tentunya, ada babak-babak kenangan yang cepat menerpa ke memori saya ketika mak menyampaikan berita sayu itu. Hangat tangan Nyang masih terasa ketika saya bersalaman dengannya sebelum berangkat ke sini beberapa minggu yang lalu. Malah dia sempat bertanyakan bila saya akan habis belajar dan sambil berseloroh dia berkata-Kalau 2 tahun lagi along nak habis mengaji, tak sempatlah Nyang nak tgk cicit menantu sulung. Dan saya cepat-cepat berkata sambil tersenyum-Sempatlah Nyang. Insya Allah, sempat. Dan benarlah. Mungkin ketika itu, Nyang memang sudah tahu dia akan pergi.

Pemergian Nyang adalah suatu kehilangan besar. Dia selalu saya akrabi dan saya sangat senang mendengar cerita-cerita zaman perang yang kerap dikisahkannya kepada saya terutamanya ketika zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pernah dia bercerita, ketika Jepun mengganas dan membunuh bangsa Cina dengan sekejam-kejamnya, Nyang hampir-hampir membunuh tokwan. Katanya, dia membuat suatu lubang di bawah rumah dan menyembunyikan tokwan saya di dalam lubang tersebut lalu menimbusnya dengan tanah. Nyang bimbang Jepun akan membunuh anaknya kerana tokwan saya berkulit cerah seperti Cina.

Nyang insan yang pernah merasa pahit getir perang. Dia tahu makna sebenar perjuangan menentang Jepun, British, Komunis dan dialah perasa hakikat kemerdekaan.

Tentunya, kehilangan insan-insan yang pernah melalui zaman rusuh dan kacau bilau ini, bagi saya, turut menjadi suatu kerugian besar kepada sejarah. Mereka kaya dengan pengalaman, mereka adalah sumber lisan sejarah. Dan sungguh! Ia semacam menjadi suatu kerugian dan kekesalan yang amat besar buat saya kerana gagal mencungkil sebanyak-banyaknya pengalaman Nyang ketika melalui zaman perjuangan itu. Alangkah!

Buat Nyang, Lat binti Saad-semoga Nyang bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Sunday, December 18, 2005

PETA

Minggu lepas, Dr. Mesut Idriz, lecturer subjek Osmanli History berceloteh lagi. Memang best masuk lecture dia. Dia selalu bawa macam-macam lawak yang best yang boleh buat korang ketawa sampai keluar air mata. Hehe. Satu lagi, dia selalu bagi cadangan-cadangan yang adakala terasa macam susah nak buat, tapi make sense @ munasabah untuk dibuat andai ada peruntukan dan kerja keras.

Katanya, dia berharap satu hari nanti, budak-budak history, bila nak blajar history akan dibawa ke satu kelas khas untuk subjek history. Kelas tu, di sekelilinginya- kanan, kiri, depan, belakang hatta di siling dipenuhi dengan peta. Pandang atas, nampak peta, lihat kanan, lihat kiri, nampak peta.

Sebenarnya baru lepas tampal peta kat bilik nih. Beli di MPH Alpha Angle hari Jumaat lepas. Tapi takderlah sampai sekeliling bilik :D World Map untuk subjek Geography of The Muslim World and Minorities (actually nak cari peta Muslim World tapi takde. Kat mana nak cari ek?) & The Islamic World After 1500 AD Map untuk subjek Osmanli History.

Tengok peta, teliti dan bawa diri anda ke tempat itu. Anda akan merasa terlalu kerdil dan kecil. Betapa luasnya bumi Tuhan dan betapa Maha Gagahnya DIA.


* * * * *


YANG HAKIKI


Terjagaku di kamar
leka terdampar
berputar fikiranku dan berpinar-pinar.

Perasaanku berpusar
jiwaku tercemar
kudengar bisikan bagai hingar-bingar.

Jauhku merayau
jiwa kacau-bilau
kubagaikan harimau yang dibuta cahaya silau.

Kuterkial-kial
dan merasa sesal
kusedari cinta ini semata-mata khayal.

Kini kumencari cinta yang hakiki
cinta yang tiada berbelah bagi
daku mencari cinta yang hakiki
cinta yang bisa membuka mata hati.

Pada-Mu aku berserah
pada-Mu aku kalah
leraikan jiwa yang resah.

Pada-Mu aku meminta
berikan aku cinta
tiada lain yang kudamba.

Kumencari yang hakiki.


(Penasyid : Mawi :D )



Wednesday, December 07, 2005

CATATAN YANG TERTANGGUH


Bismillahirrahmanirrahim.


Panasnya Kereta API.
Selesai final exam untuk 2 paper berturut-turut pada hari itu (29 Okt), malamnya saya terus pulang ke Perlis. Keretapi bertolak jam 8.45 malam dan seawal perjalanan, saya sudah pun terlelap sebab malam sebelum tu saya tidur hanya 2 jam. Memang best tidur atas katil second class Ekspres Langkawi (perjalanan ke utara) time-time mengantok macam tu. Cumanya tidur saya sekali-sekala terganggu dengan perbualan telefon sorang budak lelaki katil atas dengan aweknya (Barangkali. Berdasarkan perbualan mereka yang sengaja saya curi-curi dengar. Hehe.)

Tak ada apa yang menarik kala perjalanan kali ini. Selalunya kalau pulang ke Perlis dengan keretapi, saya akan jalan-jalan dulu, melompat dari satu gerabak ke satu gerabak mencari café sambil memerhati orang, lalu menulis sedikit catatan ringkas di café sambil minum secangkir kopi panas. Atau saya akan membaca novel yang baru sahaja saya pinjami atau beli. Tapi perjalanan kali ini yang pada mulanya ingin saya isi dengan mengulang baca antologi cerpen milik penulis Indonesia, Helvy Tiana Rosa yang saya pinjam daripada Ammar terisi dengan mimpi cuma. Alangkah!

Banyak kumpulan dan jenis manusia yang akan anda jumpa kalau anda menaiki kelas dua (katil) Ekspress Langkawi ini. Mungkin anda akan terjumpa dengan orang yang panas-panas! Mungkin anda akan terserempak dengan sekumpulan lelaki muda + tua yang kerjanya sepanjang perjalanan hanyalah menghisap rokok di sambungan antara dua gerabak atau lebih tepatnya di sebelah tandas, atau mungkin anda terpaksa melihat sepasang kekasih bercumbu di atas katil betul-betul depan anda sehingga anda terpaksa menutup langsir dan terus melelapkan mata, atau berdekatan dengan katil anda ada seorang uncle berdengkur dengan kuat diselangi jerit-jerit mengigau sepanjang malam sehingga memaksa anda berjaga sehingga subuh.

Panas-panas.


Eidul Fitri
Sambutannya sederhana. Cumanya, seperti tahun-tahun lepas, selepas Solat Eidul Fitri yang diimami abah, rumah kami akan dipenuhi tetamu sampai melimpah ke luar rumah. Dan kami akan pulang ke rumah tokwan di Changlun dan Padang Perahu, Kedah, hanya selepas Asar. Tahun ni tak ramai kawan-kawan yang datang dan saya pun tak pergi ke mana-mana. Ramai yang sibuk membuat persiapan menghadapi exam. Maklum, kebanyakan U final examnya selepas lebih kurang seminggu berhari raya. Hanya dua perkara yang agak istimewa barangkali pada Eidul Fitri lepas. Pertama, saya dan keluarga pusing-pusing Langkawi pada Hari Raya ke-3 selepas lebih kurang 10 tahun saya tak menjengah Pulau Lang itu. Dan kedua, Huda dan Kak Wana datang ke Perlis dan kami menghabiskan duit raya di Padang Besar. Hehe.


Cuti
Tak banyak benda yang saya buat selain menenggelamkan diri dalam lautan karya kawan-kawan dan penulis-penulis tanah air dan luar. Selebihnya, masa banyak habis di depan internet dan TV :D Tak pun kacau Wafie yang asyik dengan Naruto dan Doraemonnya. Hehe.

Saya membaca hidup seorang wanita bernama Kenanga. Menyelusurinya lambat-lambat lantas tenggelam jauh ke dasarnya. Kenanga buat saya makin jatuh cinta dengan karya penulisnya Oka Rusmini. Tarian Buminya, hadiah Abang Rahimidin Zahari, sudah saya lumati. Melalui Kenanga, penulis Indonesia ini, masih bercerita tentang Bali, juga masih tentang perjuangan seorang wanita. Terkenang kata-kata Kenanga, pasti akan buat saya tersenyum. Jadi perempuan itu sulit. Thanx Kak Nisah Haron sebab sudi tukar buku. Nanti ek saya pulangkan.


Result
Benarlah! Ramadhan itu bulan berkat, Shahrur Rahmah! Alhamdulillah atas kurniaan dan nikmat Allah. Setinggi syukur atas pemberiannya yang tak terhitung. Terasa malu dengan-Nya kerana saya ini terlalu banyak meminta dan kurang sekali memberi.

Alhamdulillah atas result semester lepas yang sungguh tidak saya duga. Juga selaut tahniah untuk dua sahabat akrab saya yang sama-sama berkongsi kegembiraan ini. Nyata kamu berdua punya tempat paling istimewa dalam ruang hati ini.


B*G*L
Kata Pak Ngah Zul yang bekerja sebagai polis di Balai Polis Jalan Petaling, ia prosuder biasa di penjara. Ketuk-ketampi dilakukan untuk memastikan tiada sebarang senjata seperti pisau kecil, dadah atau apa-apa sahaja benda haram disembunyikan di dalam kemaluan atau punggung. Dan dalam satu artikel di akhbar baru-baru ini, mencadangkan agar prosuder ini dimansuhkan dan diganti dengan MRI (Magnetik Reasoning Image) untuk memastikan tiada sebarang senjata disembunyikan dalam mana-mana bahagian tubuh. MRI ni lebih kurang macam CT-Scan, tapi lebih detail. Bila baca artikel tu, saya terfikir. Sebab masa saya sakit dulu, saya pernah buat MRI ni. Ia bukan alat sebarangan. Nak buat benda alah tu kena hampir satu ribu ringgit. Kalau semua penjenayah nak kena buat, bangkrap kerajaan Malaysia! Yang pasti, prosuder ketuk ketampi itu perlu difikirkan kembali dan kita perlu mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dan membersihkan kembali maruah negara yang sudah tercalar hanya kerana sebuah kamera kecil handphone. I wonder, prosuder untuk penjenayah kat Tanah Besar China macam mana ek! :D


Sem 2 2005/06

Saya sudah 2nd year 2nd Sem. Semester 2 2005/06 baru sahaja bermula pada 5 Disember lepas. Sem ni ambik 7 subjek (termasuk subjek CCAC-Parenting). Masuk kelas kali pertama Isnin lepas, rasa agak blur sebab melalui briefing course outline oleh lecturer, semua subjek macam susah semacam. Tapi memang menarik untuk dipelajari dan didalami. Cuma kena kerja kuat sketla. Osmanli History, Geography of The Muslim World and Minorities, Ulumul Quran, Al-Firaq, Islamic Call (Dakwah): Principles and Methods & History of Western Philosophy. Fuh! Kena blajar betul-betul ah Sem nih! :D

Untuk semua kawan-kawan kat UIA, SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN!








Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <