Wednesday, December 07, 2005

CATATAN YANG TERTANGGUH


Bismillahirrahmanirrahim.


Panasnya Kereta API.
Selesai final exam untuk 2 paper berturut-turut pada hari itu (29 Okt), malamnya saya terus pulang ke Perlis. Keretapi bertolak jam 8.45 malam dan seawal perjalanan, saya sudah pun terlelap sebab malam sebelum tu saya tidur hanya 2 jam. Memang best tidur atas katil second class Ekspres Langkawi (perjalanan ke utara) time-time mengantok macam tu. Cumanya tidur saya sekali-sekala terganggu dengan perbualan telefon sorang budak lelaki katil atas dengan aweknya (Barangkali. Berdasarkan perbualan mereka yang sengaja saya curi-curi dengar. Hehe.)

Tak ada apa yang menarik kala perjalanan kali ini. Selalunya kalau pulang ke Perlis dengan keretapi, saya akan jalan-jalan dulu, melompat dari satu gerabak ke satu gerabak mencari café sambil memerhati orang, lalu menulis sedikit catatan ringkas di café sambil minum secangkir kopi panas. Atau saya akan membaca novel yang baru sahaja saya pinjami atau beli. Tapi perjalanan kali ini yang pada mulanya ingin saya isi dengan mengulang baca antologi cerpen milik penulis Indonesia, Helvy Tiana Rosa yang saya pinjam daripada Ammar terisi dengan mimpi cuma. Alangkah!

Banyak kumpulan dan jenis manusia yang akan anda jumpa kalau anda menaiki kelas dua (katil) Ekspress Langkawi ini. Mungkin anda akan terjumpa dengan orang yang panas-panas! Mungkin anda akan terserempak dengan sekumpulan lelaki muda + tua yang kerjanya sepanjang perjalanan hanyalah menghisap rokok di sambungan antara dua gerabak atau lebih tepatnya di sebelah tandas, atau mungkin anda terpaksa melihat sepasang kekasih bercumbu di atas katil betul-betul depan anda sehingga anda terpaksa menutup langsir dan terus melelapkan mata, atau berdekatan dengan katil anda ada seorang uncle berdengkur dengan kuat diselangi jerit-jerit mengigau sepanjang malam sehingga memaksa anda berjaga sehingga subuh.

Panas-panas.


Eidul Fitri
Sambutannya sederhana. Cumanya, seperti tahun-tahun lepas, selepas Solat Eidul Fitri yang diimami abah, rumah kami akan dipenuhi tetamu sampai melimpah ke luar rumah. Dan kami akan pulang ke rumah tokwan di Changlun dan Padang Perahu, Kedah, hanya selepas Asar. Tahun ni tak ramai kawan-kawan yang datang dan saya pun tak pergi ke mana-mana. Ramai yang sibuk membuat persiapan menghadapi exam. Maklum, kebanyakan U final examnya selepas lebih kurang seminggu berhari raya. Hanya dua perkara yang agak istimewa barangkali pada Eidul Fitri lepas. Pertama, saya dan keluarga pusing-pusing Langkawi pada Hari Raya ke-3 selepas lebih kurang 10 tahun saya tak menjengah Pulau Lang itu. Dan kedua, Huda dan Kak Wana datang ke Perlis dan kami menghabiskan duit raya di Padang Besar. Hehe.


Cuti
Tak banyak benda yang saya buat selain menenggelamkan diri dalam lautan karya kawan-kawan dan penulis-penulis tanah air dan luar. Selebihnya, masa banyak habis di depan internet dan TV :D Tak pun kacau Wafie yang asyik dengan Naruto dan Doraemonnya. Hehe.

Saya membaca hidup seorang wanita bernama Kenanga. Menyelusurinya lambat-lambat lantas tenggelam jauh ke dasarnya. Kenanga buat saya makin jatuh cinta dengan karya penulisnya Oka Rusmini. Tarian Buminya, hadiah Abang Rahimidin Zahari, sudah saya lumati. Melalui Kenanga, penulis Indonesia ini, masih bercerita tentang Bali, juga masih tentang perjuangan seorang wanita. Terkenang kata-kata Kenanga, pasti akan buat saya tersenyum. Jadi perempuan itu sulit. Thanx Kak Nisah Haron sebab sudi tukar buku. Nanti ek saya pulangkan.


Result
Benarlah! Ramadhan itu bulan berkat, Shahrur Rahmah! Alhamdulillah atas kurniaan dan nikmat Allah. Setinggi syukur atas pemberiannya yang tak terhitung. Terasa malu dengan-Nya kerana saya ini terlalu banyak meminta dan kurang sekali memberi.

Alhamdulillah atas result semester lepas yang sungguh tidak saya duga. Juga selaut tahniah untuk dua sahabat akrab saya yang sama-sama berkongsi kegembiraan ini. Nyata kamu berdua punya tempat paling istimewa dalam ruang hati ini.


B*G*L
Kata Pak Ngah Zul yang bekerja sebagai polis di Balai Polis Jalan Petaling, ia prosuder biasa di penjara. Ketuk-ketampi dilakukan untuk memastikan tiada sebarang senjata seperti pisau kecil, dadah atau apa-apa sahaja benda haram disembunyikan di dalam kemaluan atau punggung. Dan dalam satu artikel di akhbar baru-baru ini, mencadangkan agar prosuder ini dimansuhkan dan diganti dengan MRI (Magnetik Reasoning Image) untuk memastikan tiada sebarang senjata disembunyikan dalam mana-mana bahagian tubuh. MRI ni lebih kurang macam CT-Scan, tapi lebih detail. Bila baca artikel tu, saya terfikir. Sebab masa saya sakit dulu, saya pernah buat MRI ni. Ia bukan alat sebarangan. Nak buat benda alah tu kena hampir satu ribu ringgit. Kalau semua penjenayah nak kena buat, bangkrap kerajaan Malaysia! Yang pasti, prosuder ketuk ketampi itu perlu difikirkan kembali dan kita perlu mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dan membersihkan kembali maruah negara yang sudah tercalar hanya kerana sebuah kamera kecil handphone. I wonder, prosuder untuk penjenayah kat Tanah Besar China macam mana ek! :D


Sem 2 2005/06

Saya sudah 2nd year 2nd Sem. Semester 2 2005/06 baru sahaja bermula pada 5 Disember lepas. Sem ni ambik 7 subjek (termasuk subjek CCAC-Parenting). Masuk kelas kali pertama Isnin lepas, rasa agak blur sebab melalui briefing course outline oleh lecturer, semua subjek macam susah semacam. Tapi memang menarik untuk dipelajari dan didalami. Cuma kena kerja kuat sketla. Osmanli History, Geography of The Muslim World and Minorities, Ulumul Quran, Al-Firaq, Islamic Call (Dakwah): Principles and Methods & History of Western Philosophy. Fuh! Kena blajar betul-betul ah Sem nih! :D

Untuk semua kawan-kawan kat UIA, SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN!








No comments:

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <