Monday, January 16, 2006

BETAPA BESARNYA CINTA!

Entri ini mungkin bersifat agak peribadi.

Selepas 6 bulan, saya ke UH lagi Jumaat lepas. Ke UH, jalani CT-Scan dan berjumpa doktor di Ortopedik sudah sememangnya menjadi perkara wajib dalam diari hidup saya. Dan tiap kali kaki saya menjejak UH, tentu, yang akan terlintas di kepala saya, hanya satu nama.

Abang suka ke hospital. Itu kata arwah sahabat saya ketika dia ingin menenangkan hatinya saat ubat kemo mematikan seluruh kudratnya. Dan meski kepayahan, dia akan selalu tersenyum sambil menghiburkan kami di hospital dengan cerita-cerita lucunya. Dia sering berkata, apa yang kami ada hari ini, pengalaman ini, semangat juang ini, bukan calang-calang orang yang Allah anugerahkan untuk memilikinya.

Mungkin kata arwah itu benar untuk sesetengah orang. Ya! Ia benar untuk dirinya, kerana dia sememangnya bukan calang-calang orang. Saya sendiri kagum dengan kekuatan rohani dan jasmaninya menghadapi sakit.

Bagi saya, apa yang telah Allah takdirkan untuk saya, ia sebagai satu sesi pembersihan diri, pembersihan hati. Ia sebagai wasilah untuk saya lebih dekat kepada-Nya, menjadi lorong untuk saya merasa betapa besar cinta dan kasih-Nya pada saya. Diuji dengan apa jua ujian, seseorang itu mungkin akan memilih antara dua jalan-samada kita akan terus-terusan menyalahkan takdir dan langsung jauh daripada-Nya atau kita menjadi redha dan pasrah hingga ia akan membuatkan kita terasa sungguh dihargai, disayangi oleh-Nya, oleh keluarga, kawan-kawan dan insan-insan di sekeliling kita. Betapa, ujian itu akan banyak mengajar anda tentang erti cinta.

Sungguh! Saya percaya itu. Cinta itu pernah dan masih saya rasakan, dan ia kini menjadi semakin besar!







No comments:

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <