Wednesday, May 10, 2006

Mari Belajar Falsafah!


Bismillahirrahmanirrahim.


Pertamanya, mohon maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog. Bukan kesibukan yang menghalang, cuma mahu lebih memberi tumpuan kepada beberapa perkara yang lebih memerlukan perhatian. Alhamdulillah, kesemuanya berjalan agak baik sekarang. Syukur kepada-Nya yang masih memberikan nikmat dan kasih-sayang-Nya pada kita semua.

Semester pendek (Sem 3) sudah lebih 2 minggu berjalan. Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk bercuti sahaja 3 bulan di rumah. Tapi memandangkan saya dah berumur sangat kat UIA nih, maka saya mengambil keputusan untuk tidak mengabaikan short sem ni. Heheh..

Sem ni ambil subjek Sorof dan Balaghah atau nama glamernya Afis 1 dan Afis 2 (Islamic For Arabic Study). Dah lama benar tinggalkan balaghah. Banyak yang dah lupa. Kali terakhir belajar, masa ambil Sijil Khas Kolej (SKK) kat Kisas dulu. Inilah silapnya kalau belajar untuk exam!

Terkenang Sem 2 lepas, banyak benar perkara baru yang saya belajar dan Alhamdulillah, result masih maintain dan saya benar-benar bersyukur. Juga terima kasih buat pensyarah2 yang sudi memberi tunjuk ajar. Tentunya, pengalaman belajar subjek History of Western Philosophy adalah sesuatu yang paling bermakna. Mula-mula belajar teori Aristotle ngan Plato, pening la juga. Cuba cari buku dalam bahasa melayu, makin pening jadinya.

Bermula dari Socrates' Predecessors, teori2 berkenaan dibahagikan kepada knowledge, ethics dan politics, kami mula mengenal dan menyelami teori ahli-ahli falsafah barat ini. Bagaimana Machiavelli yang terkenal dengan teori matlamat menghalalkan caranya itu mengatakan bahawa sesebuah negara yang corrupt, memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan kerajaan yang kuat itu haruslah dipimpin oleh seorang pemimpin (one absolute legislator) yang mempunyai kuasa mutlak, yang mampu berbuat apa sahaja demi menjamin keamanan dan keharmonian negaranya. Tiada keadilan dan moral dalam teorinya. Kepentingan baginya adalah KUASA. Inilah yang dipegang oleh Bush sekarang! Machiavelli sangat menentang Kristian kerana baginya, seseorang yang berpegang kepada Christian ethics ketika itulah menyerahkan dirinya kepada mereka yang sesat atau apa yang dipanggilnya sebagai evil-minded people termasuklah pope.

Selain Machiavelli, kami turut belajar tentang teori politik Hobbes, Rousseau dan Locke, dan tentunya yang paling menarik perhatian saya ialah apa yang diperkatakan oleh Locke. Bagi saya teorinya lebih realistik dan relevan berbanding yang lain-lain. Selain menolak pendapat Hobbes yang mengatakan seseorang manusia tidak mempunyai hak untuk mempunyai harta persendirian kecuali dengan legal order, Lockes juga mengatakan bahawa perlunya kepada written laws dan independent judge untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Locke tidak seperti Machiavelli yang mengatakan kuasa mutlak hanya terletak kepada penguasa, sebaliknya bagi Locke, kuasa mutlak adalah terletak kepada majoriti rakyat kerana rakyatlah yang memilih pemimpin tersebut dan adalah hak rakyat untuk menggugurkan pemimpin tersebut andainya ia melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang yang telah dipersetujui bersama. Dia membenarkan reformasi!

Teori-teori yang menyentuh tentang moral (ethics) adalah lebih menarik. Selain teori Aristotle dan Plato yang menyentuh tentang Golden Mean, iaitu sesuatu perlakuan yang berada di tengah-tengah dua extreme. Contoh: pemurah adalah sikap yang berada di tengah-tengah 2 extreme, iaitu kedekut dan terlalu pemurah. (Kalau anda pernah membaca Ihya, Imam Ghazali, saya pasti anda tahu tentang ini) jua tentang soul and rational soul sama seperti yang pernah disentuh oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya. Tetapi harus diingat, definisi soul (ruh) antara Aristotle dan Plato adalah sangat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Imam Ghazali dan tentunya Imam Ghazali lebih terperinci dalam menerangkan tentang ini.

David Ross dengan Prima Facie Duties nya juga adalah salah-satu teori yang menarik tumpuan saya. Walaupun tidak banyak buku-buku falsafah yang menulis tentang teori ini, (dalam internet pun tak banyak dan tak terperinci), tapi ia merupakan suatu teori yang bagi saya harus diberi perhatian. Menurut Ross, semua perhubungan yang kita jalinkan sesama manusia, menuntut tanggungjawab. Apabila kita mula bercakap dengan seseorang, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk tidak berbohong kepadanya, begitu juga dia, wajib ke atasnya untuk tidak berbohong apabila memulakan perbualan dengan kita. Apabila kita meminjam wang daripada seseorang, adalah wajib ke atas kita untuk membayar semula wang tersebut. Ross menggariskan beberapa tanggungjawab dalam kehidupan seseorang manusia seperti Fidelity (duties to keep one's promise), Gratitude (grateful for others), Harm prevention (prevent harm), Justice, Self Improvement etc.

Kita tidak dapat menafikan bahawa falsafah barat menyumbang kepada banyak aspek dalam kehidupan hari ini. Knowledge, Ethics, lebih-lebih lagi politik, kita banyak terpengaruh dengan teori-teori mereka. Namun teori-teori ini haruslah diteliti dan dikaji sebaik mungkin sebelum ditelan dan dihadam. Banyak sebenarnya yang boleh kita pertikaikan sama ada dengan menggunakan logik akal atau berasaskan masdar tertinggi, Al-Quran dan Al-Sunnah. Tentunya, belajar teori barat bukanlah untuk mengikut dan menyetujui kesemua pandangan mereka, tetapi biarlah yang baik kita ambil sebagai ilmu dan teladan dan yang bercanggah perlulah dikaji dan difikirkan.

Terima kasih Sir Isham Pawan. Have great time witz u!



Wallahu'alam.

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <