Sunday, December 24, 2006

Di bawah ialah sedikit informasi yang ingin dikongsi bersama sekalian pembaca blog. berkaitan Hari Krismas, perayaan terbesar masyarakat Kristian. Thanks to my beloved lecturer, Asst. Prof Dr. Fadzlilah Din (she’s teaching me Evangelization and Christian Mission this semester) for the information and thanks also to a very informative book, Dimensions of Christianity written by Dr. Abdul Hamid Qadri.

Sesungguhnya agama di sisi Allah itu hanyalah Islam satu-satunya. Ia diturunkan oleh Allah dan tidaklah ia terpengaruh dengan mana-mana agama atau pegangan yang dicipta oleh manusia.


CHRISTMAS- A PAGAN FESTIVAL


Christmas or Christ-mass is the annual mass which the Christians celebrate in commemoration of the birth of Jesus. It is not owe its origin to the birth of Jesus, but it is the continuation of the heathen rituals.

All four Gospels, as also the Acts and Epistles included in the canonical Bible, are silent on the date and month of Jesus’ birth. Only two of Gospels, namely Luke and Matthew, record the story of virgin birth but they too indicate no definite time and are virtually silent on the date of his nativity.

Let us examine whether Christmas is really originated from Christianity itself or it is just like other minor festivals borrowed from pagan cults (Oriental religion or Mystery religion)

The first Oriental religion was the cult of the Great Mother of the Gods. At an early date there was associated with Cybele, the Great Mother, a hero-divinity called Attic who personified the life of the vegetable world particularly. Attis was the Good Shepard, the son of Cybele, the Great Mother, who gave birth to him without union with mortal man, as in the story of the virgin Mary. According to the myth, Attis died, either slain by another or by his own hand.

It is evident that in Rome there was a festival celebrating the death and resurrection of Attis. This celebration was held annually from March 22nd to 25th. The influence of this religion on Christianity is shown by the fact that in Phrygia, Gaul, Italy, and other countries where Attis-worship was powerful, the Christians adapted the actual date, 25th, as the anniversary of Jesus’ passion.


Next is Mithraism. Originally Mithra was one of the lesser gods of the ancient Persian pantheon, but at the time of Christ he had come to be co-equal with Ahura Mazda, the Supreme Being. He possessed many attributes, the most important being his office of defender of truth and all good things. Mithra was born from a rock, the god out of the rock.


The Hebrew Sabbath having been abolished by Christians, the Church made a sacred day of Sunday, partly because it was the day of resurrection. But when we observe a little further we find that as a solar festival, Sunday was the sacred day of Mithra; it is also interesting to notice that since Mithra was addressed as Lord, Sunday must have been the Lord's Day long before Christian use. It is also to be noticed that the Christmas, December 25th, was the birthday of Mithra, and was only taken over in the Fourth Century as the date, actually unknown, of the birth of Jesus.


We also have to mention here that in the Mediterranean world, 25th December has always been a significant date. The ancient people thought that a winter solstice the Sun commenced its annual journey around the heaven and therefore, the 25th December was thought to be its birthday which annually celebrated by great festivals in many part of heathen world.

Many sungods were believed to have born on the same date or a day or two before or after. As what have been mentioned before, Mithra was born on the 25th December, Isis and Osiris (The Egyptian sun-God) on the 362nd day of the year and Horus and Apollo on the 362 day, which means the last week of the month of December.

Therefore, it must be noted here that Christmas is not originally comes from Christianity. It is borrowed from the pagan festivals. Besides, Christianity itself was influenced by many creed and doctrine including Judaism, Oriental religion and Greek philosophy and Stoicism especially their concept of Logos, the fallen spirit by Heraclitus, Socrates’ idea of right and wrong and the Aristotle’s teaching on logos which constituted the concept of Trinity.

Wallahu’alam.

* * * *

Celebrating Student’s Academic Excellence- A very memorable moment!

Tahniah untuk 339 pelajar UIAM daripada pelbagai kuliyyah especially 16 sahabat-sahabat dari Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge atas kejayaan anda menerima Anugerah Dekan selama 2 semester berturut-turut.

Semoga Allah memberkati kejayaan ini dan terus bersama-sama kita.

* * *
Jemput baca cerpen saya Nama Saya Pinnachio di Majalah I Keluaran Januari 2007. Sudi-sudikanlah komen ye!

Thursday, December 07, 2006

SEMESTER BARU, SEMANGAT BARU.


Alhamdulillah, dah masuk semester baru untuk sesi akademik 2006/07. Result exam semester lepas pun dah dapat dan sungguh2 syukur kerana target tidak tersasar dan terima kasih untuk semua yang membantu sepanjang semester.

Untuk semester ni, subjek Usuluddin ternyata lebih mencabar (minda) dan (jiwa). :D Untuk subjek Critical Review of Philosophy in Islam, kami akan menelaah kitab al-Munqidh Min al-Dholal yang telah saya selesai baca terjemahannya (oleh Abdulfatah Haron Ibrahim, UKM) dan kitab Tahafut al-Falasifah. Kedua-duanya karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Kami juga akan menelaah Tahafut al-Tahafut karya Ibn Rushd yang mana kitab ini ditulis untuk menyangkal pandangan Imam al-Ghazali dalam kitab Tahafutnya terhadap ahli-ahli falsafah Islam terutama Ibn Sina dan al-Farabi.

Munqidh al-Dholal (Penyelamat Kepada Kesesatan) boleh juga dikatakan sebagai autobiografi Imam al-Ghazali. Namun yang lebih penting dalam kitab ini, bagaimana al-Ghazali telah menghuraikan secara terperinci aliran-aliran pencari kebenaran kepada 4 aliran iaitu al-mutakallimun, al-batiniah (al-ta’limiyyah), al-falasifah dan assufiah. Dan tentu sahaja, Imam al-Ghazali telah memilih aliran tasawwuf sebagai jalan yang paling sempurna.

Menurutnya dalam Munqidh, orang-orang tasawwuf itu mempunyai ilmu beserta amal. Dan tujuan orang-orang tasawuf beramal ialah untuk membebaskan jiwa dan belenggu hawa nafsu, membersihkannya daripada akhlak yang keji, menjauhkannya daripada sifat2 yang tercaci, sehingga kosonglah hati, tak berisi dengan satu apa pun kecuali Allah. Hati seperti ini sudah berhias dengan mengingati Allah.

Teringat saya kata-kata daripada MB Kelantan yang saya ikuti kuliah mingguannya di Kota Bharu ketika cuti semester baru-baru ini. Katanya menerima kebenaran, menerima Islam, bererti menolak segala kehendak hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita ke arah kebatilan. Dan ini sangat bertepatan dengan apa yang telah dihuraikan oleh al-Ghazali tentang aliran tasawwuf. Orang-orang tasawwuf beramal hanya untuk menyucikan hati dan membebaskan jiwa dari belenggu hawa nafsu.

Mudah-mudahan kita jua tergolong dalam aliran pencari kebenaran yang sentiasa ingin menyucikan hati daripada segala debu kekotoran hawa nafsu yang melekat di hati kita. Ameen.

Dan untuk sahabat-sahabat di UIA, selamat menempuh semester baru dengan semangat baru beserta dengan hati yang bersih dan ikhlas!


UNTUNGNYA ORANG KELATE


Dari jauh sudah kedengaran suaranya sayup-sayup menyampaikan kuliah tafsir mingguannya. Saya dan adik-adik turun agak lewat dari hotel. Mak dan abah sedari jam 8 pagi sudah turun. Masya Allah! Ramainya orang! Kata adik saya. Ada beberapa khemah didirikan untuk muslimat. Yang tua, yang muda, anak-anak kecil, semuanya khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan sendiri oleh pemimpin negeri mereka. Muslimin kelihatan lebih selesa untuk berdiri. Memerhati dari pandangan sisi, saya lihat dia berserban dan berjubah putih, wajahnya bersih dan jernih. Dengan tenang, dia duduk di atas sebuah pentas yang disediakan sambil memegang sebuah kitab. Di sekelililngnya duduk beberapa orang muslimin dan anak-anak kecil. Seakan sebuah halaqah kecil.

Memerhati sekeliling, ada suatu rasa yang mula menyusup dan menjalar dalam hati. Seakan sayu dan terharu. Ini kali kedua saya datang ke Kelantan tetapi kali pertama pada hari Jumaat. Memang abah dan mak sengaja datang pada hari ini untuk melihat suasana indah ini. Benar! Belum pernah saya melihat suasana sebegini kecuali di majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah (politik) yang kadang-kadang saya ikuti bersama abah.

Saya dan adik-adik memilih untuk masuk ke dalam kedai buku Jaafar Rawas, tenggelam dalam buku dan kitab sambil cuba dengan sungguh-sungguh untuk mendengar kuliah tafsir yang disampaikan dalam loghat Kelantan itu.

Untungnya orang-orang Kelantan. Mereka mempunyai seorang pemimpin negeri (Menteri Besar) yang saban minggu turun ke tengah-tengah rakyat kebanyakan, berpesan dan mengajak rakyatnya kembali kepada Islam, kembali ke arah kebenaran.

Andainya ada beribu-ribu pemimpin dan bandar seperti ini.. Alangkah… !

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <