Monday, March 10, 2008

ANALISIS RINGKAS FAKTOR-FAKTOR KEKALAHAN TERUK BARISAN NASIONAL KEPADA PAS, PKR DAN DAP DALAM PRU KE 12 (8 MAC 2008)

1) Kelemahan pentadbiran Abdullah Badawi yang sebelumnya terkenal dengan jolokan “Mr Clean”. Setelah menerajui negara selama hampir 4 tahun, Pak Lah dilihat sebagai tidaklah se “clean” mana kerana tidak cuba secara bersungguh-sungguh untuk membersihkan korupsi dalam BN dan lain-lain masalah yang bersawang dalam BN.

2) Campur-tangan Khairy Jamaluddin dalam pentadbirannya. Pak Lah dilihat seolah-seolah seperti “boneka” Khairy yang sentiasa menurut segala tuntutan dan “nasihat” Khairy. Malah Tun Mahathir menyifatkan pengaruh Khairy terhadap keputusan-keputusan yang diambil oleh Pak Lah sebagai salah satu faktor kekalahan BN

3) Rancangan-rancangan projek mega yang terlalu gah (Koridor itu, koridor ini) menelan sehingga trillion Ringgit Malaysia digembar-gemburkan kepada rakyat, walhal tidak semua rakyat dapat menikmati dan merasa manfaatnya. Salah seorang penganalisis politik dalam rancangan Isu Semasa di TV1 menyifatkan rancangan-rancangan projek mega ini sebagai resepi-resepi masakan yang dimomok-momokkan sebagai sedap dan lazat namun resepi-resepi ini tidak pernah dihidangkan sebagai juadah. Rakyat ingin merasa juadahnya, bukan hanya sekadar mendengar resepinya sahaja.

4) Korupsi dalam pentadbiran BN

5) Dr. Mahmood Zuhdi dalam rancangan Isu Semasa di TV1 mengibaratkan BN dan BA sebagai dua buah panggung wayang. BN masih lagi menayangkan filem-filem lama, filem-filem lapuk. Sebaliknya, BA menawarkan filem-filem yang baru, bagus dan bermutu. Maka, tentunya para pengunjung akan berpusu-pusu mengunjungi dan berhimpun di panggung wayang BA.

6) Media mainstream yang dilihat sebagai berat sebelah dalam memberi ruang dan liputan. Pelbagai iklan dan kempen pro-BN dimomok-momokkan saban hari dalam RTM dan TV3 menyebabkan rakyat menyampah dan meluat melihat ketidak adilan pemerintah.

7) Manifesto BN (Aman-Selamat-Makmur) gagal menepati realiti keadaan di Malaysia (harga barang naik, harga minyak naik, kadar jenayah meningkat) menyebabkan rakyat tidak percaya lagi kepada pemerintah lantas beralih kepada BA.

8) Pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang masih relevan

9) Kepincangan dalaman BN - perpecahan dan rasa tidak puas hati ahli-ahli BN terhadap pucuk pimpinan

10) Manifesto BA yang sangat dekat dengan rakyat dan mesra rakyat menyakinkan rakyat untuk memangkah calon-calon BA bagi mewakili mereka

11) Calon-calon daripada BA yang dilihat sebagai meyakinkan, berpendidikan, bebas korupsi, mesra rakyat, muda, cergas dan mampu membawa perubahan dalam hidup rakyat. Tetapi sebaliknya calon-calon BN. Ini termasuklah masih mengekalkan lagi muka lama yang tidak mahu memberi laluan kepada muka baru (contoh: S.Samy Vellu)

12) Kempen-kempen pilihanraya yang berkesan oleh BA yang dilihat mampu memberi jawapan yang meyakinkan bagi masalah-masalah yang dekat dengan rakyat seperti masalah harga barang, harga minyak, kadar jenayah, isu pendidikan dan tol. Tetapi sebaliknya bagi BN, jawapan-jawapan mereka terhadap masalah-masalah berkenaan tidak memuaskan hati rakyat, lalu rakyat menterjemahkan rasa ketidakpuasan hati mereka itu dalam PRU yang lepas.

13) BA khususnya PAS mampu menyakinkan rakyat bahawa BA mampu memerintah dengan adil dan bersih dengan mempunyai contoh pentadbiran yang telus di Kelantan.

14) BN gagal memberikan ruang kepada rakyat untuk mendengar maklum balas daripada BA berkenaan isu-isu tertentu menyebabkan rakyat beralih kepada media-media alternatif (blog dan laman web) yang mampu memberi info yang lebih telus kepada rakyat.

Ada lagi yang ingin anda tambah?

1 comment:

Anonymous said...

"Detail"nya. Faktor ke-11, kalau nak dibandingkan dengan PRU ke-11 (tahun 2004), ada banyak muka baru dengan personaliti yang menarik dari pihak BN. Kalau kita lihat PRU ke-12, 2008, calon2 dari Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kelebihan ini - personaliti calon yang menarik. Mungkin, personaliti calon juga menjadi tarikan pengundi...

Menukang Arca Hikmah

ASMAUL HUSNA

AL WAQTU KAS SAIF

...MENGHITUNG HARI...

About Me

Pelajar Ijazah Sarjana (Usuluddin dan Pemikiran Islam) UIAM. Boleh dihubungi di ghafirah_idris@yahoo.com dan ym: ghafirahidris

HIWAR

Followers

> Pengunjung <